SYARAT PERTANDINGAN EUREKA RE & EE BEACH HOUSE









KARNIVAL PENDIDIKAN
SAINS & TEKNOLOGI



EUREKA 
RE & EE 
BEACH HOUSE



SYARAT PERTANDINGAN EUREKA  RE & EE BEACH HOUSE


1.         TAJUK           :           EUREKA REEE

2.         TEMA             :           RENEWABLE ENERGY AND ENERGY EFFICIENT BEACH HOUSE

3.         AKTIVITI:    
Menghasilkan satu model rumah di tepi pantai yang dilengkapi dengan ciri-ciri kecekapan tenaga dan menggunakan sumber semulajadi secara optimum.

4.         SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
4.1       Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar Tahun 4 dan 5. 
4.2       Setiap negeri dibenarkan menghantar 1 pasukan yang terdiri daripada 4 orang peserta.
4.3       Setiap pasukan wajib melibatkan sekurang-kurangnya seorang peserta bumiputera kecuali pasukan dari sekolah rendah jenis kebangsaan.
4.4       Peserta pasukan hendaklah terdiri daripada 2 orang murid lelaki dan 2 murid perempuan kecuali sekolah yang hanya terdiri dari 1 jantina.
4.5       Peserta hendaklah diiringi oleh seorang guru  pembimbing. 
4.6    Tema projek adalah Renewable Energy and Energy Efficiency (REEE) atau Tenaga  Diperbaharui dan  
          Kecekapan Tenaga (TDKT).
4.7      Tajuk projek ialah Energy Efficient Beach House.
4.8      Setiap pasukan dikehendaki membina sebuah model rumah di tepi pantai yang  mengaplikasikan konsep-
           konsep Renewable Energy and Energy Efficiency (REEE).
4.9      Bahan-bahan pertandingan akan disediakan oleh pihak penganjur. 
4.10    Hanya bahan dan alatan yang disediakan oleh pihak penganjur sahaja boleh  digunakan untuk menghasilkan
           projek yang ditetapkan.
4.11    Penggunaan bahan, alatan atau apa juga bentuk bantuan dari luar boleh menyebabkan penyertaan pasukan
           dibatalkan.
4.12   Sebarang masalah yang dihadapi oleh para peserta berkaitan dengan alatan atau  bahan  hendaklah dirujuk
         kepada urus setia pertandingan.
4.13   Peserta hendaklah mempunyai kemahiran menggunakan anti cutter.
4.14   Pihak penganjur pertandingan akan memberi satu tugasan tambahan kepada para peserta sebaik saja
          pertandingan dimulakan (elemen of suprise) dan menggunakan kaedah penyelesaian masalah.
4.15  Tugasan ini mengandungi arahan untuk menempatkan LED di bahagian tertentu di  dalam atau di luar rumah
         dan mestilah boleh menyala atau berfungsi dengan baik.
4.16     Projek yang dihasilkan hendaklah dibuat dan disiapkan di tempat pertandingan. Setiap pasukan diminta
membawa alat tulis masing-masing. Pihak penganjur akan  menyediakan kertas putih A4 sahaja.
4.17    Setiap pasukan dikehendaki menyediakan persembahan multimedia yang disediakan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris di tempat dan semasa pertandingan  dijalankan. Persembahan multimedia ini perlu menerangkan hasil projek yang merangkumi aplikasi konsep sains, fungsi dan peranan setiap bahagian-bahagian projek yang dihasilkan serta aspek lain yang berkaitan. Kandungan persembahan multimedia
mestilah merupakan penulisan yang merekodkan hasil kerja yang mengandungi lakaran ahli sendiri. Tampalan keratan dari mana-mana sumber adalah tidak dibenarkan.
4.18  Semasa pertandingan dijalankan, guru pembimbing dibenarkan berada berhampiran pasukannya pada jarak yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur tetapi tidak dibenarkan  menyentuh sebarang bahan atau alatan yang digunakan.
4.19  Setiap kali guru pembimbing menyentuh barang atau alatan pertandingan, 1  markah akan   ditolak.
4.20  Setiap pasukan diberi masa 5  jam untuk menyempurnakan projek.
4.21  Peserta akan berehat selama 1 jam (3 jam sesi pagi dan 2 jam pada sesi petang).
4.22  Penghakiman akan merujuk kepada kriteria-kriteria berikut:
                              i.     Kebolehan kreatif                         -  20 markah
                           ii.     Pemikiran saintifik                        -  20 markah
                          iii.     Kemahiran saintifik                      -  20 markah
                          iv.     Kerja berpasukan                          -  10 markah
                            v.     Ketelitian dan kekemasan             -  10 markah
                          vi.     Komunikasi (soal jawab)              -  10 markah
                        vii.     Persembahan multimedia              -  10 markah
4.23     Pihak penganjur berhak meminda mana-mana syarat atau kriteria pertandingan dari masa ke semasa demi kepentingan pengurusan dan objektif pertandingan berdasarkan keputusan mesyuarat bersama pengurus pasukan.

4.24     Model tersebut hendaklah berskala 1:25 atas tapak rumah di mana dimensinya adalah seperti berikut;
a) Keluasan Rumah : seratus meter persegi  (100 m2).
    (40cmx40cm)-saiz rumah dan (60cmx60cm)-tapak
            b) Mempunyai kemudahan:
2 bilik tidur
                        1 bilik air
                        1 dapur
                        1 ruang makan
                        1 ruang tamu   
4.25     Penilaian hasil adalah berdasarkan daya kreatif reka bentuk rumah dan rupa bentuk elemen-elemen KT & TD.







5.0              PERSEMBAHAN MULTIMEDIA
Setiap pembentangan persembahan multimedia mestilah menggunakan format Power Point 2003 dan disediakan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Kriteria pemarkahan adalah meliputi aspek-aspek berikut:
5.1       Objektif
5.2       Metodologi/Kaedah
5.3       Peralatan digunakan

5.4       Pelan/layout
5.5       Penerangan konsep EE
5.6       Penerangan konsep RE
5.7       Setiap pasukan dihadkan masa selama 10 minit sahaja
(termasuk 3 minit sesi soal jawab)

6.         BANTAHAN
6.1       Keputusan panel hakim adalah muktamad.
6.2       Bantahan hanya boleh dibuat kepada pihak urus setia Karnival Pendidikan Sains dan Teknologi Peringkat Kebangsaan dalam tempoh 1 jam selepas pertandingan dijalankan menggunakan Borang C3/B-REEE yang disediakan oleh pihak CETREE.
6.3       Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang cagaran berjumlah RM50.
6.4       Sebarang bentuk bantahan terus kepada panel hakim pertandingan tidak akan dilayani.

7.         HAL-HAL LAIN

7.1       Semasa pertandingan berlangsung, guru pembimbing tidak dibenarkan membantu.
7.2       Para pelajar diwajibkan membawa komputer riba dan digital kamera bagi tujuan penyediaan
            persembahan Multimedia Power Point.
7.3       Para peserta dibenarkan memakai kemeja-T, topi, seluar dan kasut sukan semasa pertandingan dijalankan.



KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI
Pelan Rumah Eureka REEE : Energy Efficient Beach House





Rujukan:
Buku keluaran tempatan yang boleh dijadikan bahan rujukan:
Low-Energy Cooling Technology for Malaysian Homes oleh Abdul Malik Abdul Rahman terbitan Penerbit Universiti Sains Malaysia.
Buku yang ditulis di dalam Bahasa Inggeris ini boleh diperolehi dari kedai mana-mana buku MPH atau Popular dengan harga RM38.00 senaskhah. 



 
KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI
BORANG PENDAFTARAN PESERTA
PERTANDINGAN EUREKA RE&EE BEACH HOUSE
( C3/D-REEE )

                                     
Kumpulan                                            .......................................................

Negeri                                                   ……………………………………………………

Sekolah                                                …………………………………………………...   

Nama Guru Pembimbing                    …………………………………….................

No. Telefon Bimbit                              ……………………………………………………



                  Nama Peserta                                                                    No. Surat Beranak

1 ...............................................................                                  ........................................

2 ...............................................................                                  ........................................

3 ...............................................................                                  ........................................

4 ...............................................................                                  ........................................

                           
Cop dan tandatangan Jabatan Pelajaran Negeri        




Tarikh              ……………………..............




KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI
BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN EUREKA ( C3 / M-REEE )

 

Negeri :                                                                                                                  Nombor Meja :
KRITERIA
MARKAH
SKOR
TOLAK MARKAH
PERINGKAT 1 – PROSES PEMBINAAN MODEL RUMAH (30 MARKAH)
Kerja berpasukan                                                                                                                
(10m)


·         Agihan kerja bersesuaian
4


·         Identiti kerja berpasukan
1


·         Tiada bantuan luar
5


Kemahiran saintifik                                                                                              
(20m)


·         Aspek keselamatan diutamakan
5


·         Aspek kebersihan diutamakan
5


·         Cara pemotongan mountain board
3


·         Cara pemotongan wayar
2


·         Penggunaan peralatan lain (paku, playar, benang, jarum, lidi)
5


PERINGKAT 2 – PENILAIAN MODEL RUMAH & PERSEMBAHAN PELAJAR (60 MARKAH)
Kebolehan kreatif                                                                                                                
(20m)


·         Kesesuaian penggunaan bahan
5


·         Kebolehan menyalakan LED
5


·         Hiasan pada model
5


·         Label dan penerangan bertulis pada model
5


Pemikiran saintifik                                                                                              
(20m)


·         Konsep pencahayaan pada rumah
2


·         Konsep pengudaraan pada rumah
2


·         Konsep ruang pada rumah
2


·         Penggunaan jenis bumbung
2


·         Konsep EE lain pada rumah 
(i.e: cat, pokok, creepers, penebat bumbung, cermin tingkap dll)
5


·         Konsep tenaga suria pada rumah
1


·         Konsep Biomass pada rumah
1


·         Konsep Tenaga Angin pada rumah
1


·         Konsep tenaga ombak
1


·         Penerangan konsep RE & EE secara saintifik
3


Ketelitian dan kekemasan                                                                                   
(10m)


·         Ketepatan ukuran
3


·         Kekukuhan model
2


·         Bilik tidur
1


·         Dapur
1


·         Tandas
1


·         Ruang makan
1


·         Ruang tamu/istirehat
1


Komunikasi (soal jawab)                                                                                    
(10m)


·         Kelancaran
2


·         Penglibatan semua ahli pasukan
4


·         Penyampaian idea jelas
2


·         Kualiti jawapan soal jawab
2


PERINGKAT 3 – PENILAIAN PERSEMBAHAN MULTIMEDIA  POWER POINT (10 MARKAH)
Persembahan Multimedia PowerPoint               
(10m)


·         Objektif
2


·         Metodologi/Kaedah
1


·         Peralatan digunakan
1


·         Pelan/layout
2


·         Penerangan konsep EE
2


·         Penerangan konsep RE
2


JUMLAH MARKAH KESELURUHAN
100



Tandatangan hakim   :……………………………………     Tarikh : 11-7-09                                      Disahkan oleh,

Nama hakim              :…………………………........……                                                                     ……………….........................……








KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI
 SENARAI  BAHAN DAN PERALATAN PERTANDINGAN “EUREKA

Lampiran B/REE/2

BIL
ALAT TANGAN
KUANTITI
1
Tag ahli kumpulan (satu kumpulan 4 peserta)
( PE1, PE2, PE3.......PE16)
64 unit
2
Label model rumah
(ED1....ED16)
16 unit
3
Label meja ( E1, E2, E3........E16)
16 unit
4
Hard file (hakim)
3 unit
5
Khemah (jika di luar dewan)
6 unit
6
Meja panjang (3 meja setiap kumpulan)
48 unit
7
Kerusi
16 unit
8
Pita penghadang
3 unit
9
Sistem siaraya
LCD projektor dan portable screen, Komputer riba,  mesin pencetak, set mikrofon mudah alih
10
Alat tulis (mesin kira,stapler, pen, pembaris)
3 unit
11
Meja panjang dan kerusi (pendaftaran)
2 unit
12
Peti kecemasan
1 unit


KARNIVAL PENDIDIKAN SAINS DAN TEKNOLOGI
 PERTANDINGAN EUREKA RE & EE BEACH HOUSE
SENARAI  BAHAN DAN PERALATAN PEMBINAAN  
** Senarai berikut adalah bahan untuk setiap satu pasukan
Lampiran B/REE/1
BIL
ITEM
BILANGAN
1
Pisau  (NT Cutter) besar
2 unit
2
Gunting
2 unit
3
Pensel
2 unit
4
Pemutar skru pipih
1 unit
5
Pemutar skru Philips
1 unit
6
Playar
1 unit
7
Playar muncung panjang
1 unit
8
Pembaris besi ( 30 cm )
1 unit
9
Pembaris ( 30 cm )
1 unit
10
Penjalur wayar
1 unit
11
Pembaris meter
1 unit
12
Masking tape
2 gulung
13
Tali No.4
kongsi
14
Plasticine
1 unit
15*
Corrugated board (paper)
1 keping
16
Plastik transparensi
1 keping
17*
Pasir
kongsi
18*
Model board/ D’Arte matboard  (saiz A1 & 0.1cm tebal)
3 unit
19
Benang
1 unit
20*
Sel solar ( 1V, 80 mA )
3 unit
21*
LED
1 biji
22
Twin-flex wire
1 meter
23
Marker pelbagai warna
1 set 4 warna
24
Gelang getah
20 unit
25
Jarum peniti
kongsi
26
Paku   ½inci
kongsi
27
Gam UHU
3 unit
28
Paku tekan
1 kotak
29
Lidi
10 unit
30
Dawai (jika perlu)
1 meter
31
Sarung tangan getah
2 unit
32*
Kad manila
2 unit
33
Pemotong poly foam  
1 unit
34
Papan pemotong
1 unit


*     Bahan yang akan disediakan oleh penganjur.

·         Bahan-bahan yang tidak ada di dalam senarai tidak boleh dipakai dan tidak dibenar bawa masuk ke tapak pertandingan.

·         Sebahagian dari bahan/alatan ini boleh dikeluarkan dari senarai tetapi hanya akan

dibekalkan/dimaklumkan pada hari pertandingan.






Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

PROGRAM INOVASI SAINS TEKNOLOGI HIJAU